SELAMAT DATANG KE KAMPUNG SUNGAI SIPUT, BUKIT KERAJAAN.
12 April 2010
09 April 2010
SEJARAH KSS
Mengikut apa yang diceritakan oleh generasi terdahulu iaitu orang-orang lama, nama asal kampung ini diperolehi dari penemuan seketul batu oleh penduduk awal di sini yang ditemui di hilir Sungai Perak yang menyerupai seekor siput. Sejak daripada penemuan batu tersebut maka mereka telah memberi nama kampung ini sebagai Kampung Sungai Siput(KSS).
PETA LOKASI KSS
Kampung Sungai Siput(KSS) adalah sebuah kampung yang letaknya berhampiran dengan Bandar DiRaja Kuala Kangsar. Kampung ini merupakan sebuah perkampungan yang semua penduduknya adalah kaum melayu. KSS kini telah pesat dengan pembangunan kerana di sini telah adanya sebuah kolej yang baru siap dibina iaitu Kolej Islam Darul Ridzuan. Kebanyakkan penduduk di sini bekerja di Bandar DiRaja Kuala Kangsar di dalam pelbagai sektor antaranya sektor awam, swasta dan berniaga di sekitar bandar. Ada juga penduduk yang membuka gerai makanan di dalam kampung, mengusahakan tanah persendirian dengan tanaman jambu madu dan buah naga.
Langgan:
Catatan (Atom)