INFO PRASARANA

JALAN RAYA


Kesemua jalan-jalan yang ada di KSS adalah sepanjang 3km dan semuanya bertar. Jalan-jalan ini ditar secara berperingkat dari satu kawasan ke kawasan yang lain.





BEKALAN AIR / ELEKTRIK

 Kesemua rumah penduduk di KSS menikmati bekalan air bersih dan elektrik termasuk 4 buah surau, Dewan Orang Ramai, Bilik Bacaan dan Gerai Makanan yang diusahakan oleh penduduk di sini.





KEMUDAHAN PERNIAGAAN

Hanya terdapat 2 kemudahan perniagaan sahaja di KSS iaitu Gerai makanan dan minuman yang diusahakan oleh 2 orang penduduk di sini. Kemudahan perniagaan yang lain terdapat di kawasan berhampiran contohnya di Taman Chandan Putri yang menyediakan pelbagai perniagaan seperti Pasar Mini, Bengkel membaiki motosikal / kereta, Kedai Dobi, kedai menjual buku dan sebagainya. Ini memudahkan penduduk di sini untuk membeli barangan keperluan harian dan urusan-urusan lain.




KEMUDAHAN ASAS


Dewan Orang Ramai

Di KSS terdapat beberapa kemudahan asas seperti Dewan Orang Ramai(gambar atas), 4 buah surau, Gelanggang Permainan Sepaktakraw, Tanah Perkuburan dan Bilik Bacaan/Perpustakaan.


 DEWAN ORANG RAMAI

Dewan Orang Ramai KSS yang baru ini telah siap di bina pada awal tahun 2003 bagi menggantikan dewan lama yang telah rosak. Pelbagai aktiviti telah diadakan di sini sejak dirasmikan oleh Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Tan Sri Rafidah Aziz pada tanggal 20 Januari 2003.


SURAU

4 buah surau yang terdapat di sini ialah Surau KSS Hulu, Surau Pusat, Surau Changkat Kurnia dan Surau KSS Hilir.

Surau KSS Hulu dan Surau Pusat









Surau Changkat Kurnia dan Surau KSS Hilir








Gelanggang Permainan Sepaktakraw

Terdapat 2 buah gelanggang permainan sepaktakraw di KSS, satu di KSS Hilir dan satu lagi di KSS Hulu. Kedua-dua gelanggang masih digunakan oleh penduduk di sini yang masih aktif meneruskan permainan tradisi masyarakat melayu ini.

Gelanggang KSS Hilir dan KSS Hulu










 
Bilik Bacaan / Tanah Perkuburan


Bilik Bacaan / Perpustakaan


Tanah Perkuburan Islam KSS