INFO RUMAH PENDUDUK
Rumah banglow
Rumah batu
Rumah separa batu / kayu
KSS mempunyai 135 buah rumah. Majoriti rumah di KSS adalah rumah separa batu / kayu iaitu 63 buah. Diikuti dengan rumah batu sebanyak 58 buah manakala 14 buah rumah masih mengekalkan tradisi rumah kampung. Juga terdapat rumah teres yang dibina oleh penduduk KSS untuk dijadikan rumah sewa.
INFO PENDUDUK
Jumlah penduduk KSS adalah seramai 559 orang dengan kaum lelaki seramai 264 orang manakala kaum perempuan 295 orang. Jika mengikut peringkat umur golongan yang berumur 15-49 tahun mempunyai jumlah tertinggi iaitu sebanyak 351 orang dengan lelaki seramai 176 orang dan perempuan 175 orang, manakala golongan yang berumur 50 tahun ke atas mempunyai jumlah kedua tertinggi dengan 119 orang dengan kaum lelaki seramai 55 orang dan kaum wanita seramai 64 orang. Golongan yang berumur 7-14 tahun adalah yang ketiga tertinggi iaitu seramai 45 orang dengan kaum lelaki seramai 19 orang dan kaum wanita seramai 26 orang, manakala yang berumur 5-6 tahun hanya seramai 34 orang sahaja dengan kanak-kanak perempuan seramai 21 orang dan kanak-kanak lelaki 13 orang sahaja. Golongan generasi baru yang berumur 0-5 tahun adalah yang paling sedikit di KSS dengan jumlah 10 orang sahaja melibatkan bayi lelaki seramai 6 orang manakala bayi perempuan seramai 4 orang sahaja.
INFO EKONOMI
Kegiatan eknomi penduduk di sini adalah seperti membuat golok, mengusahakan tanaman jambu madu, tanaman buah naga dan berniaga secara kecil-kecilan seperti membuka gerai makanan. Majoriti penduduk di sini bekerja di sektor awam dan swasta.
PANDAI BESI
Antara tukang golok/pandai besi yang masih aktif meneruskan tradisi membuat golok adalah seperti Yob Ahmad dan Pakcu Hamid. Manakala Pak Mat Awang yang sebelum ini aktif telah berhenti menghasilkan golok disebabkan keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan dan telah mencapai umur 70an. Mereka ini telah menghasilkan golok puluhan tahun lamanya. Dengan wang hasil pembuatan golok inilah mereka menanggung keluarga dan anak-anak sehingga berjaya. Golok yang dihasilkan bukan sahaja mendapat permintaan dari penduduk setempat malah ada juga permintaan dan tempahan dari kawasan luar negeri Perak. Ini membuktikan bahawa penghasilan golok oleh tukang besi di KSS amat berkualiti dan bernilai tinggi.

Tempat membuat golok dan parang.
Pak Mat Awang yang telah berhenti membuat golok dan parang.
Pakcu Hamid yang masih aktif menghasilkan golok dan parang.
PERTANIAN
Daripada segi pertanian 2 orang penduduk begitu aktif mengusahakan tanaman jambu madu dan juga buah naga. Pak Mail adalah seorang pengusaha tanaman jambu madu. Beliau telah memulakan projek tanaman jambu madu sejak 8 tahun yang lalu. Keluasan tanah yang diusahakan meliputi kawasan seluas 6 hektar. Beliau mendapat khidmat nasihat dan bantuan yang disalurkan oleh Jabatan Pertanian. Purata pendapatan hasil jualan jambu madu menjangkau RM 1000 sebulan.
Manakala seorang lagi pengusaha dalam bidang pertanian adalah En. Sarip yang mengusahakan tanaman buah naga. Beliau adalah seorang kakitangan sektor kerajaan dan telah memulakan projek ini sejak 4 tahun lalu meliputi kawasan seluas 1/4 hektar. Projek ini dijalankan bertujuan memanfaatkan tanah yang terbiar di samping menambah pendapatan keluarga.