Golok menjadi logo KSS kerana kebanyakkan generasi terdahulu mencari rezeki dengan menghasilkan golok dan parang. Golok juga menjadi salah satu senjata utama pejuang-pejuang kemerdekaan menentang penjajah pada masa dahulu.
Teman dah menetap di KSS sejak tahun 2003 setelah berkahwin dengan salah sorang penduduk di KSS yang meghupekan anok tukang besi yang popular kat situ iaitu Pak Mat Awang. Teman ghase hidup di KSS memang seghonok keghane penduduknye memang baik hati dan meneghime teman dengan hati yang terbuke. Sikap kojesame dan saling bantu membantu yang diamalkan meghupekan tonggak utame di dalam masyarakat KSS. Teman tak ghase macam teman ni oghang luor sebab oghang kat KSS memang baguih dan ghamah tamah. Pendek kata memang seghonok beno jadi warga KSS.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan