AKTIVITI

PELBAGAI PROGRAM DI KSS

Terdapat pelbagai aktiviti / program yang dijalankan di KSS seperti Sambutan Hari Kemerdekaan, rombongan, ceramah, kejohanan Sepaktakraw, Sambutan Hari Ibubapa dan Kanak-kanak, belajar rebana, Minggu Kecergasan dan lain-lain lagi.

SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN 2008

SENAMROBIK

 Pada tahun 2008 sambutan hari Kemerdekaan peringkat KSS telah dimulakan pada 23 Ogos 2008. Program pertama yang dianjurkan ialah Senamrobik, Gubahan Masakan dan acara Sukaneka. Seramai 200 orang telah melibatkan diri di dalam program ini termasuk golongan kanak-kanak dan warga emas. Program ini telah dimulakan pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada sebelah petang. Tujuan program seperti ini diadakan adalah untuk merapatkan hubungan semua penduduk di samping menyahut seruan kerajaan untuk hidup yang sihat.




 SUKANEKA

Untuk acara sukaneka, pelbagai acara dijalankan seperti golek buah kelapa, sepak raga, basikal lambat, motorsikal lambat, kupas buah epal, pancing botol, cari gula-gula dalam tepung dan bermacam-macam lagi. Pelbagai gelagat yang melucukan dapat dilihat sepanjang acara sukaneka dijalankan. Acara ini lebih menjurus kepada sikap kerjasama di antara semua penduduk.
















CERAMAH

Pada tanggal 29 Ogos 2008 pula telah diadakan Ceramah Kemerdekaan bertempat di Surau Kss Hulu dan telah dihadiri seramai 160 orang penduduk. Isi kandungan ceramah tersebut lebih memberi tumpuan terhadap perjuangan orang Islam menentang penjajah pada masa sebelum negara kita mencapai merdeka. Penekanan lebih diberikan terhadap golongan remaja yang perlu mengekalkan keamanan negara kita pada masa kini.



Ceramah Kemerdekaan di Surau KSS Hulu








KONVOI BERBASIKAL KE KSS

Seramai 200 orang pelajar dan 15 orang guru dari Sekolah Rendah Kebangsaan Raja Perempuan Muzwin telah melibatkan diri dalam program ini. Sambutan dari penduduk kampung juga begitu menggalakkan. Para pelajar disambut di Padang Mini KSS oleh ahli jawatankuasa JKKK KSS dan penduduk kampung. Di dalam program ini para pelajar telah menyanyikan lagu Negaraku, Jalur Gemilang dan Keranamu Malaysia.







REBANA

Golongan kanak-kanak di KSS belajar bermain Rebana di kediaman Tok Hamid. Seramai 15 orang kanak-kanak menyertai sesi pembelajaran ini.






PAKAIAN BERAGAM / KARAOKE

Program ini diadakan serentak dengan Pertandingan Karaoke tetapi hanya diadakan pada sebelah malam. Progran ini menerima sambutan yang menggalakkan daripada kanak-kanak dan pemuda-pemuda di KSS. Pakaian beragam ini juga dapat menarik lebih ramai penonton setiap kali ianya diadakan. Ini kerana acara ini merupakan suatu acara yang mampu membuatkan setiap lapisan penonton bergelak ketawa sambil menyaksikan gelagat setiap peserta menpersembahkan pakaian beragam masing-masing. 






BACAAN SAJAK MERDEKA

Bacaan sajak kemerdekaan diadakan pada sambutan Ambang Merdeka setiap tahun. Ini bertujuan menerapkan semangat cintakan negara  terhadap penduduk KSS. Pada masa kini dapat dilihat semangat patriotik di kalangan penduduk di Malaysia telah berkurangan. Maka program sebegini diharapkan dapat diteruskan sampai bila-bila agar semangat cintakan negara akan kekal di hati setiap penduduk KSS. 



AMBANG MERDEKA

Nyanyian lagu Negaraku telah berkumandang di Padang Mini KSS pada malam merdeka 30.08.2008 sambil Jalur Gemilang dinaikkan sebagai sambutan menyambut Merdeka di KSS.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan